Thursday, August 15, 2013

Selamat Hari Raya !

Assalamualaikum ! Buat apa tu ? Haa ! Kenapa tak tidur lagi...kang sat lagi ada 'orang' teman baru tahu. Haha. Diri sendiri pun tak tidur lagi, ada hati nak takutkan orang.

SELAMAT HARI RAYA WAHAI SAUDARA ISLAM SEKALIAN ! Amacam raya tahun ni ? Best tak ? Mestilah best kan. Lagi-lagi yang dapat beraya dengan kawan. Aku tak dpat pun tahun ni. :( Tak ada rezeki. Tak apa tak apa. Tahun depan ada lagi. Hmm, tahun ni pun tak ramai budak-budak kampung dengan kengkawan datang raya. Boleh kiralah berapa orang datang. Tapi yang penting, alhamdulillah ramai sepupu sepapat datang beraya. Dan tahun ni pun aku dapat beraya dengan family belah mak aku ! Yeay !

Sehari sebelum raya, mama dah ambil aku dengan Nina(adik) petang masa last puasa dengan paklang dan Aliyah(sepupu). Sepanjang perjalanan selama 40 minit mungkin, aku sodapp tidur dalam kereta sampailah dekat satu tempat ni ada ramai betul orang berdiri dekat tepi jalan tahan kereta. Ingatkan ada jalan runtuh dekat depan, rupanya nak bagi bubur lambuk. HAHAHA. K tak lawak. Tapi memang buat orang suspend habis. Dah sampai kampung, semua orang terkejut sebab aku dan Nina ada. (kitaorang jarang raya pertama dengan family belah mama) Lepas tu, tunggu waktu berbuka, dan berbukalah kami semua setelah masuknya waktu... Malam tu, dah huhahuha, masa untuk main mercun. Dapat pulak masing-masing mercun naga kot ? Haha. Aku memang tak pandai bab bab mercun ni. Tapi dengan keberanian yang berbaki ni, aku pun memberanikan diri main mercun tu. Best pun ada tapi dalam masa yang sama menggigil kau tangan aku. Sepupu lelaki yang lain pun main mercun yang sama ditambah pula dengan mercun roket. Syok lah kan. Sampailah satu masa ni, salah seorang sepupu lelaki aku tu pergi baling mercun naga tu dekat pokok kelapa yang berdekatan. Betul betul kena dekat atas. Tiba-tiba masa aku lalu bawah pokok tu, dengar bunyi kelawar tengah kecoh dekat atas pokok tu macam berebut tempat tidoq. Rupanya tu habitat dia. Lololol. Maafkan kami wahai kelawar. Hehe. Dah raya first tu, macam biasalah, pergi solat raya, salam salam, kutip duit raya dan pergi beraya. Tengoklah bawah ni gambar dengan sepupu dan mak den dan adik adik den.
Dari kiri : Nina, Aliyah, Nurul and Me !

Dari kiri : Farihin, Nina, Mama and Me !

With Aliyah

The closest cousin !

Lolololol

All the cucu(s) of Wan Masrah 
Ammar Qayyum ! 
Jadi, itulah cerita raya aku. The end. Enjoy your Hari Raya and holidays ! :D

xoxo,
Batrisyia