Thursday, February 9, 2012

The end of the world


Assalamualaikum and Hey! :) Semenjak dua menjak tiga menjak ni memang saya tersangat lahh busy dan tak pernah se-busy begini. -,- Ohh ya, saya nak kongsi sikit dengan korang pasal tanda tanda nak kiamat. Ada tanda kecil dan ada tanda besar. Thanks to Kak Mhunney sebab share pasal kiamat dekat Facebook dan saya nak tambah sedikit sebanyak apa yang Kak Mhunney share. 

Hemm, tahun ni, dalam subjek Agama Islam ada bab tentang Kiamat. So, antara tanda tanda kecil nak kiamat, maksiat berleluasa, banyak berlaku peperangan dan pembunuhan, urusan agama diurus oleh orang jahil, banyak berlaku gempa bumi, anak derhaka kepada ibu bapa, anak menjadi tuan, manusia bermegah-megah dengan bangunan tinggi, amalan zina berleluasa, masjid hanya menjadi hiasan, lelaki menyerupai wanita dan sebaliknya, wanita lebih ramai dari lelaki, buang anak menjadi jadi, umat islam belajar menyanyi, Al-Quran hilang dari dada umat Islam, laungan azan tak dihirau, ahli maksiat disanjung, ulama dihina, orang alim semakin sedikit, masa terasa singkat, banyak kematian mengejut, hilang sifat amanah, ucapan salam hanya kepada yang dikenali sahaja dan pendedahan aurat berleluasa.

Tanda tanda besar, lahirnya Dajjal, keluarnya Yakjuj dan Makjuj, turunnya Nabi Isa a.s, lahirnya Imam Mahdi, keluarnya asap tebal, matahari naik dari arah barat dan keluarnya sejenis binatang dari bumi yang disebut Addabbah.

Itu sahaja yang saya nak share. Kalau yang memang dah tahu semua ni, Alhamdulillah. Harap korang taubat dan ingat Tuhan sentiasa. Renung renung kan dan selamat beramal! :D

"Berjuta wajah kuarungi mimpi hari, halalkan segala cara untuk hidupku ini" -Opick
sincerely,
Batrisyia Riz
  Credit: Nota Agama Islam Form 3

No comments:

Post a Comment