Thursday, November 17, 2011

Outing

Say YAAY! Esok dah last sekolah. Tak sabar nak cuti! #tak pernah excited nak cuti sampai macam ni :p Sekali lagi, hari ni duduk dekat surau asrama and i'm so bored. Ingatkan cikgu nak bukak cerita hantu lagi, last-last bukak cerita apa nak tau? Saw. Cerita mat salleh pulak dia bukak. Seram aku tengok cerita tu. -,- Orang kene seksa lah, orang potong kaki sendiri lah, orang kene bunuh orang untuk cari kunci dalam perut lah, eeee. Itu kali pertama dan terakhir aku tengok cerita tu. Lepas ni dah tak nak dah. >.<

Hemm, cuti panjang ni nak buat apa ea? Yang aku tau, aku duduk rumah jaga moyang aku and buat kerja sekolah yang cikgu bagi jea. Teringin lah jugak kan nak keluar jalan-jalan dengan kawan. Kalau angin parents aku okay, dapat lah aku keluar sekali sekala. 

Esok majlis persaraan cikgu sekolah aku. Balik pukul 12.30. Sepatutnya pukul 12.05 balik. Tak pe lah, dah last sekolah pun. Tak salah balik lambat. Yang nak pergi sembahyang Jumaat tu, nasib lah balik rumah tergesa-gesa nak pergi solat. muehehe. :p 
Nampak blog aku dah berubah? First time edit blog sendiri pakai blogskin! HAHA. Dah dua kali tukar sebenarnya. hihi :p
sincerely,
Batrisyia Riz 

No comments:

Post a Comment