Tuesday, November 1, 2011

Kursus Pengurusan Jenazah


Aku kan, tak tau lah kan, kenapa kan, cepat kan, jealous. (gedik pulak aku main 'kan kan') Orang kata, kalau jealous tu maknanya kita sayang orang tu. Tak faham? -,-'' Yes, aku memang kuat jealous, kenapa? Ape yang orang buat mesti aku nak ikut. Huh. Tak pe, AKU TAU AKU BOLEH BERUBAH.
Hari ni aku balik sekolah lambat ouh~ pukul 5.45 macam tu kot aku baru sampai rumah. Ada Kursus Pengurusan Jenazah. Aku tak faham satu hapah pun. Aku tau mengangguk jea. Serious, aku mengantuk dan aku dah naik kematu pasal duduk jea. Kalau duduk atas sofa ke apa, okay jugak kan. HAHA. Tapi ni duduk atas lantai dalam surau tu. Redha jea lah~ Tapi, part yang paling tak blahh mase kursus tu, part mandikan jenazah dan kapankan. Aku ingatkan ustaz tu pakai patung ke apa kan, last-last manusia betul! Tak de lah manusia yang dah meninggal. Budak-budak yang ada dekat situ dia pilih la kan.
Masa mandikan jenazah tu, of course pilih lelaki. Gila kau pilih perempuan. --' Budak tu kene pakai kain pelekat dan baju t-shirt yang dia ada. Hamik kau basah kuyup dia kene mandi. Mase ustaz tu tunjuk macam mana nak mandikan, aku duduk dekat hujung kaki budak tu. Mase tu aku macam membongkok sikit, sebab budak belakang tak nampak. Tanpa aku duga...err, tak nak cerita lah. Memalukan.--'' Tapi, menyesal aku duduk situ. Hish. -,-
Time kapan pula, ustaz tu pilih 4 orang jadi 'jenazah'. 2 lelaki 2 perempuan. *aku tak terpilih dan tak nak dipilih pun. Serious, aku takut tengok kawan aku yang kene kapan tu. Dengan bau kapur barus yang memang dia bawa dan suruh taburkan dekat kain kapan tu. Naik poning kepalo den.
Dalam seumur hidup aku, aku tak pernah bau kapur tu. Dekat sekolah tadi baru aku tau. Ape pun tak boleh lah kau bat. :p
p/s: kenapa shoutmix dah lain? Aku tak boleh nak log in lansung. Ada yang boleh tolong? -,-
sincerely,
Batrisyia Riz 

No comments:

Post a Comment