Thursday, October 27, 2011

Apa Salah Aku?

Hey. Today I got my results. But only 4 subjects. Yang lain belum habis tanda. Guess what? Banyak yang meningkat! Aku suka! Walaupun empat-empat subjek tu aku dapat B, sekurang-kurangnya meningkat dan aku berasa puas hati. Dengan semangatnya aku balik sekolah nak bagi tau nenek aku pasal improvement tu. Dalam kereta...
Aku: ma, akak dah dapat 4 paper hari ni. Tapi semua B. Sejarah yang meningkat mendadak. (dengan muka tersenyum.)
Grandma: Dekat rumah tak buat apa-apa kerja mengemas rumah pun boleh dapat B? macam tu lepas ni tak payah ada orang gaji lagi. Buat je keje rumah, tak payah belajar.
Aku:........
Aku rasa macam apa yang aku usahakan selama ni untuk lulus dalam exam akhir tahun ni sia-sia je. Aku tau anak-anak dia dulu semua pandai termasuk ayah aku sendiri. Tapi aku bukanlah sepandai anak-anak dia. Yeah, aku mengaku, dalam adik-beradik aku pun, adik-adik aku lagi pandai dari aku. Sampai aku terasa aku akak yang bodoh tak dapat nak jadi contoh yang terbaik untuk adik-adik aku. So, dengan kepandaian yang adik aku ada dan selalu dipuji oleh orang lain, adik aku pun tak geti nak hormat akak dia sendiri. Aku rasa terpinggir sangat. Kadang-kadang, setiap hari aku mesti menangis pasal benda yang sama. Aku rasa sedih!
Pasal kerja kemas rumah tu semua, walaupun aku ada pembantu rumah sekali pun, aku kemas jugak rumah. Bukannya aku duduk senang lenang macam Putri Raja dekat rumah. Dah berapa kali dah aku nekad nak lari rumah. Tapi aku tau, aku lari rumah pun tak de gunanya. Seolah-olah aku lari dari masalah.
Aku dah kebuntuan sangat dah. Sampai apa yang aku hadapi sekarang aku sabar je. Aku tak berani nak melawan apa yang nenek aku kata, sebab aku tau, melawan orang yang lebih tua tu berdosa. Dan aku hargai jasa nenek aku jaga aku dari kecil.
YA ALLAH, KAU TABAHKANLAH HATI HAMBA-MU INI. :')
sincerely,
Batrisyia Riz

No comments:

Post a Comment